Saturday 30 May 2015

#akhirnya

akhirnya...........

tamat sudah kelas paling pagi sepanjang hidup aku kat ukm ni
ternyata tersangatlah perit untuk bangun pagi pagi buta, sampai kadang kadang tak mandi huhuhuhu

kadang kadang aku bangun terkejut, so pi kelas dengan mood macam cilaka pastu sir buat lawak hambar takdak sapa tolong gelakkan hmm kesian dia ahahahahaahahahahahahahahaha

tapi seriously, aku sedih jugak aa kelas ni dah habis walaupun seronoknya banyak sebab takdak dah kelas pagi hahahaha melampau

sedih dia sebab takdak dah kelas dengan sir emmmmmmmmmmm

serius aku cakap, sir adalah lecturer pertama yang boleh ngam gila ah walaupun dah tua bangka ahahaha

dulu kat sekolah ada ja cikgu yang ngan dengan aku tapi lecturer ni lain weh, dia suka mencarut cakap melalut taktau hala ahahahaah

sir memang kadang kadang menakutkan. bila dia maki dengan nada yang sangat serius, tapi aku tak tunjuk pun muka takut cuma aku diam jala ahahaha

kadang kadang bila kawan aku ajak bergurau dengan dia sampai dia nampak tersangat annoyed, aku taktau nak tolong cemana so diam jelah ahahah

masa first class, dia bagitau semua peraturan dia dalam kelas serius aku ketaq lutut wei, balik bilik duk menyesai ambik kelas dia tapi aku tak bagitau sapa pun pasai ni hahahahahaah em tapi bila dah lama lama, bila pi kelas dia macam pi melepak bilik kawan ja ahahahaha 

kadang kadang nasihat yang dia bagi sangat deep weh memang tersentuh dengan mengena dengan tepat huhuhu kita terima jelah

aku boleh ngam dengan lecturer atau pun cikgu ni tapi sengam ngam mana pun aku still akan rasa ada gap iaitu respect. aku still takboleh melawak yang tahap lawak tu untuk bergurau dengan adik aku no no i cant

taktau nak cakap apa dah 

aku suka gila gambaq ni walaupun muka aku nampak hodoh but who cares btw aku nampak attention seekers yang comel ahahahahha and everyone is smiling huhuhu i love it walaupun taknampak muka sir em maap la noh huhuhu


semoga sir dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik satu keluarga dan mendapat baby baru ahahahaahahahhahahahaahahshsh goodnight 

#peraturan

dalam hidup ni tanpa kita sedaq penuh dengan peraturan.

peraturan sekolah lah paling dekat dengan aku sikit.
dulu kat sekolah aku jarang ikut peraturan em serius ni serius
peraturan sekolah bagi aku adalah seekor tapir yang perlu tendang ke tepi tanpa menghiraukannya masih hidup atau tidak kahkahkahkah mengarut
so, aku start memberontak ni sejak naik upper form no no sejak form 3.
form 1 dengan form 2 serius aku bingai gila, jangan terbuka mulut, gelak pun dalam tudung, ayaq lioq meleleh lalu sebelah abang senior, mandi sehari sekali, iron baju waktu ada assembly (tapi yang ni kekal sampai sekarang hihi), pakai spek besaq dari muka, keserabaian aku boleh nampak tanpa hampa bukak mata pun, dengan nama aku pun orang dah serabut kahkahkahkah

start form 3, aku berchenta monyet dengan abang bakal super senior iaitu form 4, dia ni gengster sekolah ah nak habaq mai. aku memang suka gengster gengster ni haih, geng geng dia hensem cuma dia paling kurang hensem em no no paling tak hensem hahahaahah

aku kapel ngan gengster so aku pun terikut gengster dia tu huhuhuhuhu aku sangat musykil macam mana dia boleh berkenan dengan kebodohan aku pada ketika itu kakakakakaka

perkara paling jahat yang aku cuba buat pada ketika itu ada ponteng prep petang pagi malam, ponteng pi semayang kat surau ( hei aku semayang kat bilik na), bawak pinggan ds bawak balik bilik, bawak henfon, ponteng kelas pjk ha ha ha ha ha ha ha ha ha gengster enough?

namun begitu kenakalan aku masih belum terserlah kepada pihak atasan, masih berada di tahap suam suam kuku, mujurlah. perangai sebegini aku kekalkan sehinggalah aku menjadi super senior di maktab aku huhuhuhu SENIOR ALWAYS RIGHT BEBEH

Aku menggunakan prinsip sebegini dalam mendidik junior junior ku, sapa tak bagi senyum sebelah aku akan aku ajak ramai ramai cemuh dia, buli suruh beli makanan, tocer junior yang gedik serta hampir nak pi tumbok junior sebab bagi satu batch aku menangis ( kisah tragik ini akan aku ceritakan dalam post akan datang)

pada ketika itu saat itu, aku sudah mula dikenali warden warden sehinggalah guru  disiplin sehinggalah ke hep huhuhuhu pemes bukan ?

disebabkan perangai aku yang agak kelakiaq dan tidak senonoh, maka ada sahaja sesetengah guru dan warden yang ngam dengan aku maka mudahlah kerja aku sebenarnya huhuhuhu

namaku disebut setiap kali perhimpunan pagi dengan kesalahan yanh bertubi tubi namun aku tak kisah, aku nak habiskan zaman senior aku dengan perkara yang menarik

perkara paling menarik yang aku rasa dalam zaman senior aku adalah menyorok daripada ldp ( lebih kurang pengawas ah)

setiap kali tak clear block, aku akan menyorok kat bilik junior, toilet, bawah tangga, belakang blok, kat tangki ayaq dan kat ampaian memandangkan bilik aku dah jadi tempat buruan utama maka aku harus bijak mencari tempat persembunyian yang baru, hanya tohan sahaja yang tahu getaran di hati ini. pada ketika inilah batch aku akan bersatu, kami akan saling meseg antara satu sama lain untuk bertanyakan tentang kawasan yang selamat atau keberadaan ldp huhuhuhu seronok weh

lenguh aku taip em benda ni kalau nak cerita sampai raya pun takhabis beb pasai banyak sangat

disini aku ada sertakan gambar geng aku dulu, mohon jangan terkejut dengan kehodohan aku 



aku memang hitam dan sangat tidak menarik dahulunya, mujurlah puberty hits me well hahahahahahahahahahahaha

goodnight XOXO

Friday 29 May 2015

#Bluetickshitme

sakitnya tuh disini beb kena blueticks

pahal semua orang nak blueticks aku ni heyy yeyyyy melampau nau nau

selalunya mak aku ja duk blueticks ni namun sekarang berjangkit kat abah, abang kakak serta adik

bukan itu sahaja kawan kawan, cik abiang pun dah pandai blueticks sekarang

mula mula sis rasa sis perlu bertenang dah berlagak cool dan balas balik blueticks dia nanti namun sis tak kuat sis rapuh, sis nampak text dari dia pun sis dah lompat lompat dalam hati huhuhu

sis bukannya nak jadi queen control ka apa tapi sis cuma em kalau busy bagitau jelah kan so that i dont have to wait for his text argh ! penat tau sis tunggu. dia replly bukan lambat dua tiga minit beb, lima jam baru reply, sis takperlu mengamuk ke kalau lama lama macam tu ayoyoyo tapi sis taktunjuk pun sis marah cuma sis takreply text dia tapi dia tak perasan pun hahahahahahaaha shit weh shit

kadang kadang blueticks ni boleh menimbulkan keraguaan merapu yang boleh mengganggu gugatkan hubungan yang morni ini huhuhuhu

sis selalu pikir he is not interested with me anymore, adakah aku sudah bosan baginya adakah aku sudah tidak kelalakar adakah punchline aku tak terpanah di hatinya adakah kegemukkan ku ini menyekat cintanya padaku adakah aku ada salahnya dan doubt yang paling kritikal, ADAKAH ENGKAU CURANG SAYANG ?!!!


huhuhuhuhuhu

sekiranya ini berlaku sis taktau sis nak bernafas macam mana lepasni, mungkin sis akan em entahla sis taknak pikir benda benda rumit sebegini

entahlah sis rasa blueticks ni sangat tidak bagus sebenarnya, boleh berterabur rumah tangga huhuhuhuhu so takpayah update la whatsapp tu 

sis nak lanje selfie cikit huhuhu 


Thursday 28 May 2015

#moneymoneymoney

dari bank dia datang, kepada bank dia kembali

dia datang singgah sekejap dihati ku, namun tak ku sangka kehadirannya sementara - wallet

kebelakangan ni aku sengkek gila weh, entahlah balasan tohan kat aku kot banyak sangat dosa ni sampai duit nak beli makanan pun takdak, nak mintak kat parent segan tapi last sekali aku mintak gak ahahahahahahaa

aku jeles gila dengan kawan kawan aku yang dapat JPA, menyesainya aku main main dulu menyesai sangat hmm

Ptptn pulak tak apply pasai dapat separuh ja hadoiiiiiiiu

apa malang sangat ni wei
sedeyyyy namateyyyy sedeyyyy

aku bukak whatsapp group aku punya family haritu (Zubir's family) tiba tiba terbaca yang abang ipaq aku masuk wad  kena kecing tikus mashaAllah terkejut gila

aku kesian gila dengan kak aku ni hmm
kalau nak dibandingkan dugaan yang aku terima dengan dugaan dia apalah sangat dugaan aku ni macam semut ketik ja sebenaqnya

dia sejak sebelum kaqen sampai selepas kawen, hidup takpernah aman weh, ada ja masalah jadi hmm aku kesian gila

disebabkan dia punya laki kerja jauh so dia kena jaga anak dia sorang sorang, aku kesian ngan dia qeh, parent aku pun macam kesian aku pun dah pujuk parwnt aku suruh bantu dia tapi parent aku cakap dah dia pilih jalaj ni, parent aku dah bagi warning dah dulu ni jangan kawen dengan askar pasai perit tapi dia ketegaq jugak hmm

sekarang ni satu family aku sedang berlaku kegawatan ekonomi sampai effect kat aku sampai terpaksa tebai muka pinjam duit kawan hm

kadang kadang rasa macam nak kerja terih rasa macam ya tohannn cepatla hanis belajaq nak tolong makpak ni, bila pikiaq pikiaq balik aku takrasa pun nak kawen weh tapi dah orang kata kawen tu seronok hahahahaha kena la kawen jugak ahahahh ops terkeluaq topik 

disini aku ada sertakan gambaq kakak aku 



tak sama kan muka kami ? huhuhu

hampa tengok pipi anak dia ayyyy geramnyaaa, nama dia firash tapi aku panggey pirahh hHahahaa

acik rindu :((

Wednesday 27 May 2015

#TIDUR

helo

aku suka gila tidoq. aku boleh tidoq more than 12 hours per day, tapi pening ah hahaha
dulu lepas balik kem masa aku form 5, aku pernah tidoq pukoi 7 pagi sampai 7 petang weh hahahahahahahahahahha

semua orang cakap aku ni tidoq ka mampos kahkah agak kasar di situ
serius tidoq ni seronok weh.

kalau stress aku tidoq, bangun bangun komfem lega
kalau sedih aku tidoq, bangun bangun lupa teruih
kalau aku lapaq sangat tapi malas makan pun aku tidoq (malas makan tapi gemok lulz)
kalau aku sunyi nakmateyy pun aku tidoq
kalau aku rindu rumah pun aku tidoq
cuma kalau aku happy ja aku tak tidoq kihkih

tapi tu dulu, sekarang ni aku susah sangat nak tidoq, kadang kadang berejam jam duk pejam atas katil tapi tak lena lena
paling aku risau kalau takleh tidoq malam rabu, dahla khamis tu kelas dengan sir awai pagi buta haih

lepas kejadian takboleh tidoq selama semingg terjadi, maka aku pun membuat sedikit kajian terhadap masalah aku tu dan aku dapati penyakit takboleh tidoq ni memang wujud dan nama dia secara educated adalah insomnia

tanpa kita sedari, kebolehan untuk kita tidoq adalah semakin berkurangan apabila kita meningkat dewasa omg omg omg tapi aku tengok tok aku tidoq banyak lek ja ahahahhahaha

insomnia ni ada tiga stage:

  • susah nak tidoq ( first stage )
  • senang tidoq, lepas tu terjaga lepastu susah nak tidoq balik ( ni dah kronik insomnia )
  • senang tidoq, lepas tu terjaga setiap satu jam pastu takleh tidoq ( fragmented sleep *boleh gugel jika takpaham hehehe* )
berdasarkan jenis jenis insomnia tu, aku dapati aku baru diperingkat baby baby insomnia dan masih tidak terlalu lambat untuk aku mengubati penyakit ini. macam mana nak berubat beb ?

  • tidoq pada waktu yang sama setiap hari contohnya lepas magrib , weh isyak tak semayang ka hakakak contiohh ja contiahh
  • jangan merokok, komfem komfem tak merokok dude
  • belajaq menangani tekanan emm rasanya cara nak hilangkan tekanan yang paling baik adalah mendekatkan diri kepada tuhan 
  • ellakkan minum minuman yang menyegarkan mata contohnya kopi nescafe
  • elakkan tidoq siang beb, rasulullah kata sunnah tidoq pukoi 1 en, tapi takdak la dari pukoi 1 sampai magrib, kalau tidoq lepas asaq lagi takbaik weh boleh gila
So itu sahaja serba sedikit yang dapat aku kongsikan disini dan aku rasa sangat berpelajaran sikit hari ni pasai selalunya tulis merapu ja tetiba hari ni pos tentang ilmiah sikit huhuhuhuhuh 

ASSALAMUALAIKUM XOXO

#Powerpoint

Hellu semuaaaaaaa

topik sis hari ni powerpoint. sejujurnya sis memang taktau nak cakap apa pasai powerpoint ni hahahahaha semua salah sir yang terlampau kreatif gila khinzir huhuhuhuhu ( dia selalu mention pasai ni dalam kelas )

terus terang aku cakap aku memang tak suka gila buat powerpoint hahahahahaha entah ah rasa macam alergik doh dengan powerpoint ni, kalau present lagi lah trauma

aku ada satu cerita ni dan cerita ni takdak kena mengena langsung dengan powerpoint, LANTAK AH NI BLOG AKU HAMPA TAK SUKA HAMPA PUNYA PASAI AH HAKAKAKAKAKAKA

Semalam aku ada date dengan boipren aku huhuhuhuhuhuhuhuhu sounds gedik en, okay okay semula
semalam aku ada janji nak jumpa kawan aku huhu haa sopan sikit, okay pastu aku pun sangat beriya riya nak jumpa dia disebabkan perasaan sayang terhadap kawan tersebut sangat membuak buak walaupun baru dua malam lepas aku keluaq dengan dia huhuhu mampoih pi ar gedik pun

aku bersiap ala kadar sahaja pasai mulut kawan aku ni serupa longkang satgi jenuh aku nak menahan bahana dia. Kami plan nak keluaq awai pasai khamis aku ada kelas pagi kelas sir hehehehehe so kami keluaq awai gila babeh ah lepas magrib teruih gerak

aku agak dia nak bawak aku pi putrajaya, siallan betoi aku dah muak dengan tempat ni aku rela tidoq dalam bilik ( dengus aku dalam hati ), setelah mendiam diri selama seminit sambil memaki hamun didalam hati tetiba dia bersuara, dia cakap nak bawak aku pi IOI . Fuhhhh..... sis sangat lega, akhirnya boipren sis dah kreatif hahahahahahahahahahahahahahahhahahahhaaha

aku baru plan nak buat penilaian tentang diri masing masing minggu depan supaya aku boleh suruh dia jadi kreatif sikit bila nak dating tapi akhirnya dia dah dapat hidayah maka syukurrrrrr sangat sangat ya tohann, kalau dak komfeem dia komplen pasai aku terlampau kasaq sembang dengan dia huhuhuhuhu lantak ah nak lembut lembut suwit suwit jum kawen ah bruhhhh huhuhuhuh

okay lepas tu tengah aku bersuka suki jalan jalan dalam IOI tetiba pami text aku bagitau dia nak mai ukm

MAAAATILAAAA NAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK !!!!!!

petang tu dia ada bagitau dia mai bangi tapi dia tak bagi kata putus pun nak mai jumpa aku ka dak, mashaAllah aku sangat sangat takut weh, aku keliru nak pilih mana satu ahahahahha hati mana nak jaga aku sangat takut weh

lepastu aku pun ajakla kawan aku ni balik, tapi dia macam merungut ah sebab keluaq sat sangat, takpuas gaduh dengan aku katanya puihhhh

emmmmmmmm aku merengek nak balik tu dalam sejam la jugak dia takmau balik pastu tetiba pami text katanya dia kena balik hotel JENG JENG JENG

aku pun lega dan sambung dating dengan pakwa dengan gembira dan kami bersuka suki dan balik sebelum pukoi 12, awai la kan ? huhu

Itu sahaja cerita tak menarik aku, byeeeeeeeeeee XOXO

#SisAddicted

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Sis nak cerita ni, kebelakangan ni sis ada addicted kat banyak benda nak habaq mai
Sis dah cuba berkali kali supaya ketagihan itu dapat dibuang namun takberdaya, nak kurangkan juga sis tidak dapat bruh

1. sis ketagih gila dengan burger mcd sekarang ni, setiap kali nak order sis akan teringat orang orang kat palestin tapi nafsu makan sis berkocak, pada mulanya nak beli sekali ja lepastu sekarang ni jadi kerap pulak oyoyoyoy kalau parent sis tau sis kena tarbiyah sejam ni

2. sis ketagih dengan boipren sis hahahahahahahahahahahahahahhahahaahahahhahahahha
sebelum anda semua berfikir buruk biru kuning hijau ataupun tiada warna taktau hala moleklah sis perjelaskan ketagih dari segi apa, sis ketagih nak tengok muka dia, sis rasa dia tak hensem pun namun sis suka sungguh tengok muka dia, sis takut sangat nanti too attacted sebab if something wrong happened im afraid i cant handle huhuhuhuhuhu KLISEE MUCH ! sis tak pernah dedahkan kat sapa sapa lagi boipren sis ni pasai apa, pasai orang cakap benda tak pasti ni jangan duk heboh nanti takjadi malu huhuhuhuhuhuhu so sis simpan dalam poket dulu ye. cuma nak bagitau sis bukan golongan yang sawit sawit panggil boipren abiang baby honey yuckkkk, sis cakap hang aku ja haa baru tak awkward masuk kepala hihihihiihihihihihhih

3. sis ketagih dengan ayaq milo ni. sis taktau sejak bila sis minat ayaq milo ni, sis segan la jugak bila kena ejek pasai minat ayaq milo ni katanya macam zaman budak budak bila ditanya minuman kegemaran=milo HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHA sakai

4. sis ketagih dengan lagu chains by nick jonas. sis sangat risau pasaipa sis dulu dulu ni minat lagu nasyid lagu ketuhanan zikir zikir tapi sejak bila sis suka lagu lagu macam ni sis pun taktau, sis risau ni hm bagi golongan yang baru mencelik melihat dunia boleh  KLIK SINI

5. sis ketagih dengan ketampanan aeydy asyraf huhuhuhuhuhhhuhuhuhuhh sis taktau eja dia macam mana hampa pandai pandai la nah. dia makin besaq makin hensem weh, kalau sis seteghes sis tngok muka dia teruih sejuk hati usus isi perut semua haaa 





amacam ? Bergetar tak tulang rusuk ? Sis lagi rare uolsss, setiap kali tengok habis vibrate satu badan ahahahahhahahhahahhhaa

Itu sahajalah yang mampu sis kongsikan disini, sis nak taip ni pun mengantuk ni ada lagi 8 pos ahahhhahahahaha sis menyesal betoi jadi pemalas hmmm

Tuesday 26 May 2015

#SisInsecure

sis nak cerita ni sis rasa insecure cangat cangat awwwwwwwwww

selalunya sis insecure tengok pompuan cantik ja tu biasala kan semua orang macam tu rasanya tapi insecure sis kali ni sangat pelik weh, sis pun rasa geli dengan perasaan insecure sis yang timbul ni sis harap sis boleh delete tapi apakan daya dia melekat jua 

SIS INSECURE DENGAN TRANSGENDER !!!!!!!!

geli tak ? yes or no ? pondan je tak geli huhuhuhu

pada mulanya sis cuma nak stalk twitter sorang gegurlz ni pasai dia hot semacam ja so sis pun stalk la nak tengok dia ni segak tang mana

sambil sis belek belek wajahnya sis dah pelik dah, ayyyyyy awat lain macam muka dia ni, dalam senyuman dia tu kurang keperempuanan, sis mula ragu ragu lalu sis mula stalk dengan lebih gigih, sis mula stalk instagramnya pula, sis sangat terkejut beruk sambil mengucap berulang kali *hihihihi*
sis sangat terekeeeezzuuuutttttt
dah lama sis tak terkejut seburuk ini

apa yang bikin sis makin terkejut beruk makyeeyy adalah transgender tadi tu ada BOIPRENNNN !!!! nak termeninggal sis tau

Yes yes boipren dia tu sememangnya lelaki tulen, dan bertatu eeuuww
tatu dia kat muka, korang rasa stail ka wei ? eeee boipren dia adalah spesies jijik selepas sis jijik dengan lipas hakaka so boipren dia menang 

yang sis peliknya ni, amy (transgender tersebut) tu tak terkeluar ka suara jantannya kann, tengah tengah berasmara dengan boipren tetiba terkeluar suara jantan hakakakaka sis terpikir je hmm dah tu nanti dah kawen, boleh ke mengandung weh hmm 

sis bukan nak hina ka apa, memang semua orang ada hak masing masing untuk pilih jalan hidup dia tapi sis menetang sepenuhnya transgender ni sebab dia bertentangan dengan hukum Allah. sis tak sure lah amy tu islam ka apa lantak la dia

tapi mostly laki jenis aww aww ni sis tengok banyak kebolehan dia Allah bagi, contohnya pandai design baju kawen, pandai mekap, pandai hias bunga hias rumah hias orang, pandai menari, kebanyakkan orang yang berjaya dalam bidang bidang macam ni pun mostly lelaki lembut tapi depa takdak la ubah pun depa punya gender still orang boleh terima apa depa ni cuma DIVA AZWAN ALI ja orang takleh terima ahahahaa

disini sis ada lampirkan sekali gambar amy tersebut supaya kalian rasa apa yang sis rasa. mohon anda semua sediakan plastik sebelum tengok gambar dibawah, hanya untuk yang berumur 18 tahun keatas dan tidak digalakkan kepada golongan yang memiliki penyakit kronik.

enjoy ~~~~~



korang okay tak ? masih mampu bernafas dengan baik ? syukurla. sis nak belanja lagi satu gambar ni



rasa macam tercemar blog sis ni hmm sis nak tidoq dulu lah, moga kalian mimpi indah, moga amy datang singgah hukhukhujhuk goodnight xoxo

Tuesday 19 May 2015

#labtest

hari tu sir ada cakap pasai markah rendah pastu tetiba tunjuk kat aku perghhhhhhhhhhhh cuak namateyyyy shilll


aku memang balik bilik tu aku pikiaq balik apa salah aku buat waktu lan test 1, banyak jugak aaa sampai kena kira dengan kalkulator kahkahkahkah punca belagak pandai sangat

so lepas kejadian tersebut, aku berazam supaya markah lab test 2 ni, aku tak tergolong dalam masyarakat bawahan so aku praktis banyak kali weh kat bilik, pastu ajaq syaz dengan ain lagi perghhhh memang jadi cekang gila tapi still tak yakin doh, rabu malam tu aku praktis lagi siap tulis tulis balik nota step yang tak ingat huhuhuhu mujur boleh tengok nota, pastu time jawab lab test 2 ni alhamdulillah aku rasa sangat yakin ahahahahahahahha dak aih rasa macam lancar sikit berbanding lab test 1 hari tu siap kena maki sebab tak reti buat apa tah tak ingat dah hakakakakakakakaka 

aku jawab dengan riang weh, aku siap buat semua benda tu dalam sejam ja, yang lambat tu nak lukis switchboard tu jala, pastu kan time test tu ada orang tanya aku weh, dia dahla kawan baik aku tapi aku takut kena halau keluaq lab so aku tak beralih pun tengok dia hmmm rasa bersalah la pulak sebab tak tolong tapi pasaipa dia tak tanya aku sebelum test haaa so bukan salah aku hakakakakakak


susah kan macam ni hmmm kbye

Wednesday 13 May 2015

#dinner

I minggu lepas kolej aku buat dinner kolej tema merah hitam, ala ala inggeris pulaktu, NOHHHHHHHHH AKU NAK PAKAI BAJU APA SHIALLL !
aku pun gagahla pi beli baju pa natang semua tu tapi mujoq aku bijak beli baju murah murah ja KAKAKAKAKAKAKAKAKAKA *hakak tak mampu dik oiii*

Komfem arrr aku kena cun cun weh malam tu sebab aku nak perform KEHKEHKEHKEHKEH
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

pihak MATK (majlis anugerah tahunan kolej) suruh perform dua lagu, satu lagu bi satu lagu bebas, aku cakap pun bau sambal belacan dik komfem nyanyi lagu melayu satu lagi tu hajajajjajajajajaja
Ketahuilah lagu melayu yang satu lagi tu kami decide 2 jam sebelum event start KAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA
ini baru betul kerja last minit, komfem tak ingat lirik la syaithoooooonnnnnnn hang ingat otak aku ni padia, semalam hari apa pun aku boleh lupa ahahahha

LEPASTU MASA NYANYI TU KATA RAKAN RAKAN AKU TAK CUKUP KONFIDENNN !
aku cuba konfiden dah tapi lutut takberapa kukuh baqhiang nyanyi depan orang besaq besaq ni hakakakakkakaka mampoih pi arr hampa bukannya bayaq kami pun KIHKIH *penyedap hati*

Taktau nak cerita apa dah, nah tengok sendiri........................klik sini


nah hadiah gambiaqqq cikit 








retis #part2

okay sambungan cerita sebelum ni hehehehehehehehe

so kat ukm ni start seminggu lepas hari orientasi
ada audition untuk kebudayaan so aku pi la cuba nasib. then abang izz ni cikgu yang ajar hal hal kebudayaan, so dia pun tanya sapa nak volunteer tunjuk bakat. kemudia aku dengan berani dan yakin terus angkat tangan hehehehe *tepuk sikit*
Aku pun nyanyi la bla bla bla aku tengok abang izz tu dia angguk angguk so bertambah yakinlah aku hehehe 
so aku pun terpilih untuk masuk pertandingan irama klasik peringkat ukm hohoho. setelah dilatih bakat beberapa kali aku pun pi la bertanding tapi malangnya aku nebes sangat so suara serupa haremmm kahkahkah so MENANGgung kekalahan lah kan

lepastu dua tiga minggu lepastu tetiba aku dapat dm kat fb dari seorang jejakakakakaka *bukan peminat k*
laki ni dia ajak aku masuk band dia hihihihihihihi sukanya ! aku pun terima tanpa sebarang keraguaan lagi

lepastu, dalam dua tiga minggu lepastu aku kena bertanding battle of the band antara kolej (icaf), perghhhhh memang kali ni paling nebes weh sampai lupa lirik hahaahahaaha 
aku nananana weh atas stage mashaAllah malu gila hAhahahahaha
tapi takpa weh kita belajar dari kesilapan, start pada hari tu aku dah hapai lirik, suara pun tak getaq dah time nyanyi tapi confident tu kena gilap lagi huhuhuhuhuhuhuhu
panjangnya post kali ni hehehehehe nah hadiah sikit




ni aku buat perform santai santai kat skyline kat kolej heheh
ni bilik karok kat kolej aku, awesome gila kan 

jangan salah paham, bukan nak riak suara sedap ka apa, cuma nak cerita hmm kalau taksuka sudahla kahkahkahkah bye



retis #part1

hai
aku nak cerita aku punya first performance as a singer dalam band kolej aku. 

okay start daripada awai la senang. aku memang menyanyi lama dah dari sekolah rendah lagi. aku sekolah kampung ja so masa aku darjah 6 tu baru ada lagu sekolah so aku kena nyanyi lagu sekolh waktu nak rasmi lagu tu depan datuk datuk hehehehe 

cikgu taknampak pun bakat aku sebenaqnya tapi kawan aku, aku suka nyanyi dalam kelas bila cikgu tak masuk, aku taktau pulak aku nyanyi sedap tup tup kawan aku puji, sejak dari hari tu aku pun nyanyi tiap tiap hari dalam kelas makin hari makin kuat ahahahahahaa sampai satu kelas tau aku nyanyi sedap haahaha

lepastu cikgu nak cari seorang budak perempuan yang comel serta berbakat dalam nyanyian, so kawan kawan aku pun jerit nama aku so start dari situ aku pemes kakakkakakak tapi aku memang pemes dah kat sekolah sebab jadi penolong ketua pengawas kan hehehe

okay sejak dari hari tu segala event yang ada kat sekolah tu aku komfem akan perform atas permintaan cikgu, walaupun aku dah nyanyi banyak kali depan crowds aku still nebes namateyyy sampai lupa lirik beb. aku pernah nyanyi lagu hari merdeka time sambutan hari merdeka dan aku lupa lirik yang takmampu nak ingat sangat dah so aku end up dengan bagi terima kasih ja pastu blah kahkahkah aku tak tidoq seminggu weh kes malu punya pasai (yang tu tipu je hehe)

okay lepastu masuk sekolah menengah aku tak involved dah dalam sebarang aktiviti nyanyian sebab kat sekolah menengah ni tembah aku enjoy namateyyy dengan kawan aku so aku lalai. 

lepastu masuk matrik, aku perform waktu hari ladies night pastu aku masuk competition among matriculation dalam musical sketch hehe komfem ar tak menang 


to be continued...................

#sisbanyakpeminat


susah betoi nk layan peminat peminat aku kat ig

kuajiaq betoi, setiap kali post gambaq aku dapat kome komen yang annoying nak mampos ahahahaha tapi aku suka sebab nampak macam aku ada ramai kawan kihkihkih











Haaaa tu baru sikit, tapi memang ada banyak tu ja pun kihkihkih 
aku malas nak pos banyak banyak gambaq kes ni arr, post pastu delete balik kikikikiki malu punya pasai kihkihkihkih
tapi semua ni punca aku duk bahan gambaq depa jugak so aku kena balik huhuhu mampoih pi arr aku suka apa 

dah kot okay bye

Friday 8 May 2015

#fantatatatatasi


setakat ni, tema yang ni paling susah hahahahaahahahahahahahahahahaah


aku punya fantasi masa kecik kecik dulu cukup tinggi beb. 

dulu aku ingat kita boleh panjat pelangi pastu boleh gelongsor atas pelangi tu pastu ada coklat nips yang colourful tu kat atas pelangi hikikikikiii

dulu aku ingat atas awan ada rumah doremon, bila naik flight ja aku duduk tepi tingkap usha cari rumah doremon tapi takpernah jumpa hakakakaka dan gua syak dia pindah duk kat planet lain

dulu aku ingat dalam laut ada naga besaq yang boleh makan aku, ni pengaruh filem ni takguna betoi, sia sia zaman kecik aku pasai aku takut mandi laut kes ni

dulu aku ingat kalau bersentuhan laki perempuan terus boleh mengandung, aku pernah nangis sebab jiran aku laki dia pegang tangan aku hahahahaha aku sangat comel kan hahaah

dulu aku teringin nak tau apa parent aku rasa kalau aku hilang, sampai satu hari aku menyorok belakang rumah lepas kena marah dengan parent aku hahahahahah ini bukan fantasi ini perangaiiii tak cantik




gambaq ni memang takdak kena mengena dengan topik ni, aku saja letak sebab aku rindu anak buah aku huwaaa

itu sahaja bye


Thursday 7 May 2015

#happybirthdaykilalalalala

happy birthday to me !
happy birthday to me !
happy birthday to kilaaaa
happy birthday to me !

woio wooyooohahooaiajhiai dum dum kebaboommmm !!!!!!!

yeayyyy aqila turns 20 beb !

birthday gua cantik gila tahun ni 
5.5.2015 
Secantik tuannya HEHEHEHEHEHEHE

tapi sayang weh tiap tiap tahun takdak sapa bagi hadiah pun ahahahahahahahahahahahahaha
tapi aku takdak la expect apa apa pun sebab aku pun tak ingat birthday orang kihkih

nah hadiah

senyum tak ikhlas baq hiangggg hahahahahahaha 
sedih arr birthday aku tapi malang ja asyik menimpa kahkahkah chawww

#terimahakikat

realiti sebenar memang tidak semua indah beb

susah nak terima hakikat kita tengah bertepuk sebelah tangan

susah nak terima hakikat kita sedang gemok

susah nak terima hakikat kita sedang mereput sorang 

susah nak terima hakikat kawan kita berjaya tapi kita duk meroyan lagi dalam loker

susah nak terima hakikat kawan kita dah nak kawen tapi kita ni duk pening pikiaq nak tulis guna pen hitam ka biru

susah nak terima hakikat kita dah jadi makcik tapi kita ni iron baju pun suruh mak lagi

susah nak terima hakikat kita dah mencecah umur 20 tapi masih meroyan rindu bantal busuk kat rumah

susah nak terima hakikat kita dah nak ada degree tapi still tak matang

susah nak terima hakikat ada orang minat kita tapi kita selekeh nak mampos

susah nak terima hakikat kita suka kat laki tu tapi laki tu ada awekkkkkkkk 

susah nak terima hakikat ayaq milo kat kafe rm2.30

susah nak terima hakikat ubat gigi baru beli minggu lepas dah hilang 

susah nak terima hakikat duit tinggai rm40 untuk makan seminggu

susah nak terima hakikat berat makin naik tapi dah jogging diet apa semua

susah nak terima hakikat kita buat baik dengan orang tapi orang buat kahat dengan kita hmm

susah nak terima hakikat kawan kita dah bahagia dengan pakwe tapi kita masih takleh move on kena tinggai 10 tahun lalu hiks

susah nak terima hakikat rupanya aku puasa ganti tak habis lagi tup tup dah nak dekat puasa

susah nak terima hakikat rupanya aku noob taktau apa bila kawan aku tanya

susah nak terima hakikat kita duk tangguh tangguh kerja tengok tengok deadline dah dekat beb

susah nak terima hakikat umur dah doploh tapi tulisan still cam haremm

susah nak terima hakikat aku takpernah celebrate birthday aku hakakakak

DAHLAAAAAA .............


#gentleman

okay aku ada cerita best hari ni hehehehe percaya plis plis

cerita begini, pada suatu pagi yang indah cerah, angin sepoi sepoi bahasa, monyet tidak turun ketika itu syukurrrr, burung berkicauan, cengkerik menyanyi riang kekekekeke takdak bakat pule nak buat ayat bunga bunga kihkihkih okay kita sambung, aku ada exam pagi tu kat dtams so seperti biasa sebagai pelajar yang lemah gemalai HEHEHE aku pi tunggu bas kat bus stop tepi stadium tuuu

tidak lama kemudian, bas pun tiba. memandangkan ketika hari kejadian merupakan weekend so ada bas zon 6 sahaja yang hantaq pi ktm tu tapi still lalu dtams so boleh la naik

orang ramai gila dalam bas tu pastu aku pun ambik keputusan berdiri sobs sobs

sedang aku merungut dalam hati sebab lenguh satgi berdiri tetiba ada seorang lelaki kaciakkkk tegur aku "nak duduk ke?" hehehehhe terkejut beruk aku weh! dia tengah duduk time tu, lembik lutut aku waktu tu haahahah nak jawab pon gagap gagap "err eh eh takpelah kejap je nak sampai dah" ceceyyyy aku jual mahai  sikit arr kan. kemudian abang kacakk tu terus bangun sambil senyum arghhhh hahahahaa your smile makes me weak brooo hahahaha aku pun duduk jelah


mashaAllah weiiiii, disebabkan kejadian itu aku happy seminggu , tiap masa senyum hahahahah


weh laki tu tengok body saja pun dah hensem haih hahahah hahahahaa maaf aku meroyan lagi hajajajajaa bye

#sepuluh

halu braderrr sisturrrrr


hari ni aku bangun awaiii wei aku bangun pukoi 10 huhuhuhuhuhhuhu 




terharu beb terharu huhuhuhuhu 

serius aku kuat tidoq gila, hmmm ostad kata tidoq banyak ni penyakit hmm penyakit baloq liat ka apa keheheheheh


dulu kat matrik aku tidoq dobelaih jam kot, dari pukoi 12 malam sampai 12 tengah hari beb ! hebat hebat *tepuk tepuk* 
tu pun aku bangun memang terus selongkaq stok meggi rumet heheheh mujur rumet seorang yang pemurah serta memahami aku yang sadis ni


kalau kat rumah komfem kena beleter sampai nak tercabut telinga dengar kekekekeekek

bye


#lewat

okay aku mengaku, tema minggu ni disebabkan aku kihkih tak bangga weh serius dah

rasa malu sangat pasai nampak macam aku ni terok ja mai lewat hmmmsalah aku jugak pi tidoq lewat haihhhh

pastu aku pelik sungguh la, tiap kali rabu malam ja komfem ada orang ajak aku keluaq lepak, macam takdak hari lain dah nak ajak, aku ada kelas pagi la khamis ti bodoooooooooooo! nak tolak pun kesian satgi dia menggelupoq pulak takdak aku hijijiji well orang penting katekooo hikhik

aku bukan sahaja selalu bangun lewat, buat asignment pun lewat lewat, aku pun tak sure apa yang bestnya buat kerja last minute ni tapi yang aku tau buat kerja awai awai sah sah tak produktif namun lebih selamat. atleast kalau buat awai ni boleh check check balik lepastu boleh dengan bangga tanya member, "weiii hang dah buat asignment nii nuu yang tu yang ni " kikikiki

sudahla, azam aku bulan may ni aku nak bangun awai tidoq awai. takdak dah lepak sampai pagi buta semua tu mengarut menghancurkan masa depan aku hajajajaja 

itu sahaja.chawww

Wednesday 6 May 2015

#sebelas

nak cakap apa pasai sebelas ni woiiiiiiiiii

hahahaahahahahahahahahahahahahahahahahaahhaahahhaahahahahahahahhaa

haa, dulu aku main hoki kakom kat matrik aku pakai jersey nombor 11 huhuhuhuhuhuhu saja nak habaq, dapat tempat ketiga woo zon utara hang ingat aku lekeh ka huhuhu tapi aku reserve ja ahahahaahahahahahahahahhahaah nak tengok bukti dak ? nah nah





haa try cari aku hahahaahahaha

lepas kakom tu, kulit dah macam ikan bakaq hang tau, haa nasib baik sekarang ada muka orang dah walaupun tak berapa cerah, takpe takpe kita bersyukur ja dengan apa yang ada hehe cukup dah kot noh byeeeee


#lifeless

haiiiiiiiiiiiiii


ya aku memang lifeless

ya

memang


tengok

post


ni 

pun


dah


tau


menyampah dak ? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAA


serius aku lifeless gila. kawan tak ramai kat ukm ni pastu weekend tidoq kat bilik, bila bangun tidoq pastu boring taktau nak buat apa lalu aku pun tidoq balik dan perkara sama berulang sehinggalah aku rasa nak gelong semacam hajajajajaja 

aku tengok cerita dalam tv, bebudak u kat ig, depa semua macam indah sangat hidup kat u, macam enjoy gila, aku ni macam sama ja duk kat mrsm ngan matrik dulu haihhh awat hambar sangat hidup aku ni hmm


duk rumah lagi lifeless, duk menghadap tv tiap tiap hari, sembang dengan cicak ayam burung ikan ketam kucing semut,haiyoo tolong la gempak sikit woi hidup

okay dah bye

#pemalas

lama gila aku tangguh aku punya blog ni hahahahahaha apabila aku sedar aku dah ketinggalan banyak post baru nak menggelabah hahahahaa

ya, aku tau semua lecturer taksuka student yang perangai pemalaih baloq liat macam aku ni. k k k k k k k k
tengah usaha nak berubah la ni, sedang cuba okay. kadang kadang aku terpikiaq jugak, aku duk nganga buat apa selama ni yang banyak sangat asignment tertangguh ni haih syaitonnn banget 

bukan sahaja asignment tertangguh, dalam bilik tu pun banyak benda aku tangguh. bila dah procastinate everything then aku akan rasa omgggg my life is a mess huwaaa 😭 padahal salah diri sendiri ennnnn (mari pijak aku berjemaah jom)

susah la jadi pemalas ni, tapi jadi rajin pun susah jugak hukakaka haih taktau nak tulis apa dah, banyak lagi nak post ni hhahahaha bye