Monday 30 March 2015

#tanggungjawab

hello sisturrr and braderr . cecey bajet macam ada orang nak baca ja kan belog aku ni hahahahaha cian cangat cangat.

okay berbalik kepada tajuk yang telah diberi ops hahaha okay tanggungjawab, emm nak cakap entah haih

memandangkan aku ni seorang yang sangat suka gelak huha huha dan rileks sepanjang masa dan tak kira tempat maka orang rasa macam aku ni takboleh pikul tanggungjawab. SAY WHAT DUDE ?!!

well tanggapan orang enn. memang ada ah spesies lepaih tangan bila buat keja ni, memang ada pun, yang diam yang serius doplohpatjam pun ada yang lepaih tangan weh hm tapi dia diam kan so orang takcakap banyak sangat. 

aku memang suka gelak nak habaq mai, aku kena denda pun boleh duk gelak lagi tapi kalau kena marah tu lain sikit ah mood spoil mata berayaq hati remuk mulut muncung hiksss gadis sangat

tapi kalau aku diberi sesuatu tugas atau tanggungjawab serius aku jadi serius dan semangat nak buat, lantak ah orang nak kata aku kena rasuk ka apa bila aku serius tu em . tapi kalau time belajaq pun aku serius kot. yala, waktu belajaq kita belajaq betoi betoi, waktu main kita main betoi betoi. belajaq tu pun tanggungjawab what isn't? lek sudah takpayah nak stress sangat. buat benda dengan have fun ni lagi produktif daripada duk buat keja serius memanjang pahtu jadi tak ikhlas pastu result pun dapat cam lutut engko kakakakaka melingkop la nok

bukan nak bangga lah, mostly kalau keja berkumpulan aku akan cuba sedaya upaya menabur bakti sebaik mungkin dalam group tu, bukanlah sebagai leader kumpulan tapi cuba ringankan bebanan ha gituwww. ops dah terbangga kahkah weh lari tajuk ka kakakakakakakkakakakakakkaka

mampoih pi lah, nak tidoq ni penat dah menguap dalam kelas sampai mulut jadi luas pelik ni kahkah bye

#meroyan

nak meroyan kat belog sat nah, mohon jangan lee bash saia awaaa, saiaa tak kuad hakhakhakhak

nak ceghita pasai sorang mamat ni bajet baguih po nokharei hahahahaha sumpah wei sumpah wei sumpah. selama aku hidop 20 tahun ni tak peghenah gi weh ada kawan laki yang kesah aku pakai selipaq jamban pi lepak mamak, pakai tudung sama seminggu hahaha okay yang tu aku mengaku agak jijik tapi emm boys shouldn't care about this silly things babe, just please dont. harap dapat suami yang sempoi lah noh hahaha

okay sambung, bukan itu saja weh, masa cuti sem hari tu tiap tiap hari suruh aku beli tudung banyak banyak hahahahaha apa kejadahnya syaithon tudung aku dah belungguk cuma malaih iron ja ops hehe rimaih aku hang tau dak tapi nasib baik aku tengah berada dalam zaman kesunyian sekarang so aku layankan saja  perangai annoying nokharom dia ni haih

then, dia cakap "bagi saya kila ni biasa biasa ja tapi kawan saya cakap kila comei hmm entahla saya rasa saya boleh dapat yang lagi cun " HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA sakitnya tuh disini disana auch auch . jantan ni dah melampau sangat weh, aku kawan ja dengan hang weh lek ah aku takdak secubit pun perasaan dekat laki bosan macam hang hahahah pewlishhhh lewww i pun ada taste dan pasai aku comei ka dak tu lantak ah, sir dah puji aku comei kot so aku tak kesah hang nak kutuk aku pun, idc bruh kakakakakakkakakaakkakakakak

pastu hari tu aku pi melepak dengan abang super senior bersama geng geng dia dekat al fariz ennn, tetiba jumpa mamat tadi hahahahahahah seronoknya scene ni weh aku suka aku suka. muka mamat tu merah weh marah macam bini lari rumah hakajajajajajaja rasa tercabar tak dude ? hahahaha weh aku suka betoi ni tapi masa malam tu aku takut nak tengok muka dia so aku layan abang super senior tadi tu dengan penuh mesra dan uhuk uhuk uhuk sukanya awuckkkk hahahahahahahaahahhaah


aku taktau nak meroyan kat mana dah, kat twitter satgi kena bahan dow so sini jalah tempat strategik alah sir ja pun baca ahahaahahahaha see you in my next blog   ye saiyang saiyang sekali. muah ciked 😘




Wednesday 18 March 2015

#ulangtahun

saja nak bagitau, selama aku hidup 19 tahun ni, takpernah lagi aku sambut birthday dengan party ka prank ka apa apa lah hmm tak sure lah aku perlu sedih atau perlu rasa hebat kahkah 

aku jugak ada masalah nak ingat birthday orang, sumpah weh. mujoq birthday aku senang nak ingat kalau dak lupa habeh dah. birthday mak aku ja aku ingat huhu anak yang solehah katekooo. 

kadang kadang sedih jugak takdapat jadi first wisher birthday kat kawan kawan en, rasa loser dan takguna cemana entah, setiap kali wish mesti lambat sampai penat nak guna alasan "aku saja nak jadi orang terakhir wish birthday hang  huhuhu" *sengih*

takpa nanti birthday suami aku tampal kat dinding besiaq besiaq kehkehkehkeh 

ni nak tanya ni, betoi ka kalau birthday sama  ni ada jodoh ? haihhh kepercayaan karut marut betoi lah. ada ka patut sorang laki ni dia kata aku jodoh dia pasai birthday aku sama dengan birthday mak dia HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAAHHAHAAHAHHAHA kepala lutut diaaaaaaaa
lepastu dia ajak aku menikah HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHANJINGHAHAHAHAHAHA  menikah hotak hang

haa lupa nak habaq, hari ni 18 march adalah birthday adik aku yang terchenta, laki ja boleh wish perempuan are not allowed kahkahkah



macam hensem kan ? macam ja tuu kahkah kakak dia lagi hensem 😎

itu  sahaja lah post mengarut dari kila cikebum cikebum . namasteyyyt 😊


Thursday 5 March 2015

#moveon

cakap memang sentiasa senang, konon nak move on lah, block whatssap, insta , twitter, fb dan segala menatang sosial yang ada tapi hati masih teringat, esok lusa dah rindu pastu pi cari balik kahkah apa kejadah dia ni (aku kettew hokhok )

benda yang paling berat yang nak dihadapi ketika fasa move on ni ialah dimana benda yang selalu kita buat bersama sudah berakhir. kejap kejap jangan nak otak kuning kat sini yeee. contoh nya ialah dia takdak dah wish goodmorning goodnight goodafternoon kat kau lepas tu, dia takdak dah call kau sampai berasap henfon kau, dia takdak dah teman kau makan, takde dah bawak kau pegi wayang, takde dah belanja kau makan, takde dah whatssap kau 24/7, takdak dah ceriakan hidup kau arghhhh kau sanggup ke ? kau kuat ke weh ?  TAK. AKU TAK.

kalau kau boleh tahan semua benda tu, memang power ah. lepastu bila kau dah hampir lupakan dia dan mulakan hidup baru tanpa makhluk berkenaan tetiba dia hantar text kat kau/whatssap/ call kau. BOOOMMM ! maka hancurlah move on aku selama 3 bulan . cilaka punya jantan. kerana hi setitik, rosak move on sebelanga hmmm

kalau aku taklayan dia punya hai sampah tu memang dah cukup keras dah hati aku tu,  bagus bagus tapi malangnya hati aku rapuh kikiki. pada bulan seterusnya,aku masih bernyawa tanpa dia alhamdulillah masih mampu berjalan dan hidup seperti manusia lain kemudian tiba tiba kawan aku yang jahanam ni cakap "weh ex hang dah ada awek baru do ! cun pulak tu. CUN DARI HANG!!!" aku hanya tersenyum. bertenang. balik bilik aku terus unblock dan stalk sampai lubang cacing kemudian KAHKAHKAH macam ni cun ? kemon lah ex weiii, dah jadi tasteless ke lepas clash dengan aku , boleh pergi mampos hang dengan awek hang KAKAKAKAKAKAKA ternyata kawan aku memang agak iblis, saja nak bagi aku marah en en en cilake

dan sekarang dia sedang bergembira dengan awek baru dia yang asdfghjkl dan aku disini hanya mampu berharap semoga mereka bergaduh HAHAHA elleh dia bukannya kacak sangat pun weh cari lah ah, takpa kita cari pakwe kat stadium pulak ya, kumbang bukan seekor dan aku nak cuba tangkap kumbang sado kat stadium hahahahahahaha bergurau


itu sahaja assalaumualaikum , muah ciked :*



Mistake

semua orang pernah buat silap, sama ada secara sedar atau tidak. dan aku rasa kalau semua benda kita buat betul macam dah tak menarik kan hidup kita ni. cerita dia macam kita naik roller koster (abaikan ejaan hehe) , kalau naik roller koster yang mendatar macam naik ktm tu seronok ke weh ? manusia mudah terhibur ja yang seronok. ha macam tu lah jugak hidup ni hmm rasa macam berfalsafah pule hahaha

dalam hidup aku ni, memang banyak gila buat silap, dalam setiap hari pasti ada buat silap dan dalam seminggu mesti akan ada kejadian malang tapi apa yang seronoknya lepas azab aku bersabar dengan malang yang menimpa ia akan end up dengan sesuatu yang melegakan menceriakan dan menggembirakan huhuhu

dan aku takpernah lah malu pun buat silap dan cikgu aku pernah cakap tak salah buat silap dan tak bodoh pun kalau buat silap. apa yang bodohnya ialah dah tau benda tu silap then kau buat lagi silap yang sama, yes itu bodoh kakakaka dan dia akan sangat bodoh bila orang tegur silap dia then dia melenting, orang macam ni kita patut pijak ramai ramai LOLOLOLOLOL

tersangatlah menyedihkan kalau kita buat silap dengan manusia dan terlambat nak mintak maaf. memang taklena lah kau seumur hidup beb. okay aku ada cerita pasal ni....

tahun lepas dalam bulan 10 macam tu, aku join batch sekolah aku buat reunion berkhelah kat air terjun then ada sorang budak laki ni, budak kelas aku cuba untuk bersembang dengan aku tapi aku macam buat taklayan ja sampai air muka budak laki tu berubah. aku dengan selamba badak makan tanpa hirau betapa remuknya hati kawan aku tadi. okay nak sampai klimaks dah ni sabar sabar

pada 24 februari 2015, aku dapat berita bahawa dia telah meninggal dunia
terkejut aku selama 5 minit tanpa bersuara hmmm betapa menyesalnya aku sob sob sob
jangan lah jadi macam aku yee, kalau ada buat silap dengan manusia tolongla mintak maaf on the spot, kita taktau bila ajal kita sampai so cecepat lah mintak maaf kat rumet,bilik sebelah, makcik kafe, makcik office, makcik cleaner, jiran dan sebagainya.


maaf andai terkasar tersilap terlanjur kata, assalamualaikum ! tak jawab dosa , kalau jawab saiyangg he he he :*