Thursday 5 March 2015

Mistake

semua orang pernah buat silap, sama ada secara sedar atau tidak. dan aku rasa kalau semua benda kita buat betul macam dah tak menarik kan hidup kita ni. cerita dia macam kita naik roller koster (abaikan ejaan hehe) , kalau naik roller koster yang mendatar macam naik ktm tu seronok ke weh ? manusia mudah terhibur ja yang seronok. ha macam tu lah jugak hidup ni hmm rasa macam berfalsafah pule hahaha

dalam hidup aku ni, memang banyak gila buat silap, dalam setiap hari pasti ada buat silap dan dalam seminggu mesti akan ada kejadian malang tapi apa yang seronoknya lepas azab aku bersabar dengan malang yang menimpa ia akan end up dengan sesuatu yang melegakan menceriakan dan menggembirakan huhuhu

dan aku takpernah lah malu pun buat silap dan cikgu aku pernah cakap tak salah buat silap dan tak bodoh pun kalau buat silap. apa yang bodohnya ialah dah tau benda tu silap then kau buat lagi silap yang sama, yes itu bodoh kakakaka dan dia akan sangat bodoh bila orang tegur silap dia then dia melenting, orang macam ni kita patut pijak ramai ramai LOLOLOLOLOL

tersangatlah menyedihkan kalau kita buat silap dengan manusia dan terlambat nak mintak maaf. memang taklena lah kau seumur hidup beb. okay aku ada cerita pasal ni....

tahun lepas dalam bulan 10 macam tu, aku join batch sekolah aku buat reunion berkhelah kat air terjun then ada sorang budak laki ni, budak kelas aku cuba untuk bersembang dengan aku tapi aku macam buat taklayan ja sampai air muka budak laki tu berubah. aku dengan selamba badak makan tanpa hirau betapa remuknya hati kawan aku tadi. okay nak sampai klimaks dah ni sabar sabar

pada 24 februari 2015, aku dapat berita bahawa dia telah meninggal dunia
terkejut aku selama 5 minit tanpa bersuara hmmm betapa menyesalnya aku sob sob sob
jangan lah jadi macam aku yee, kalau ada buat silap dengan manusia tolongla mintak maaf on the spot, kita taktau bila ajal kita sampai so cecepat lah mintak maaf kat rumet,bilik sebelah, makcik kafe, makcik office, makcik cleaner, jiran dan sebagainya.


maaf andai terkasar tersilap terlanjur kata, assalamualaikum ! tak jawab dosa , kalau jawab saiyangg he he he :*

No comments:

Post a Comment