Thursday 5 March 2015

#moveon

cakap memang sentiasa senang, konon nak move on lah, block whatssap, insta , twitter, fb dan segala menatang sosial yang ada tapi hati masih teringat, esok lusa dah rindu pastu pi cari balik kahkah apa kejadah dia ni (aku kettew hokhok )

benda yang paling berat yang nak dihadapi ketika fasa move on ni ialah dimana benda yang selalu kita buat bersama sudah berakhir. kejap kejap jangan nak otak kuning kat sini yeee. contoh nya ialah dia takdak dah wish goodmorning goodnight goodafternoon kat kau lepas tu, dia takdak dah call kau sampai berasap henfon kau, dia takdak dah teman kau makan, takde dah bawak kau pegi wayang, takde dah belanja kau makan, takde dah whatssap kau 24/7, takdak dah ceriakan hidup kau arghhhh kau sanggup ke ? kau kuat ke weh ?  TAK. AKU TAK.

kalau kau boleh tahan semua benda tu, memang power ah. lepastu bila kau dah hampir lupakan dia dan mulakan hidup baru tanpa makhluk berkenaan tetiba dia hantar text kat kau/whatssap/ call kau. BOOOMMM ! maka hancurlah move on aku selama 3 bulan . cilaka punya jantan. kerana hi setitik, rosak move on sebelanga hmmm

kalau aku taklayan dia punya hai sampah tu memang dah cukup keras dah hati aku tu,  bagus bagus tapi malangnya hati aku rapuh kikiki. pada bulan seterusnya,aku masih bernyawa tanpa dia alhamdulillah masih mampu berjalan dan hidup seperti manusia lain kemudian tiba tiba kawan aku yang jahanam ni cakap "weh ex hang dah ada awek baru do ! cun pulak tu. CUN DARI HANG!!!" aku hanya tersenyum. bertenang. balik bilik aku terus unblock dan stalk sampai lubang cacing kemudian KAHKAHKAH macam ni cun ? kemon lah ex weiii, dah jadi tasteless ke lepas clash dengan aku , boleh pergi mampos hang dengan awek hang KAKAKAKAKAKAKA ternyata kawan aku memang agak iblis, saja nak bagi aku marah en en en cilake

dan sekarang dia sedang bergembira dengan awek baru dia yang asdfghjkl dan aku disini hanya mampu berharap semoga mereka bergaduh HAHAHA elleh dia bukannya kacak sangat pun weh cari lah ah, takpa kita cari pakwe kat stadium pulak ya, kumbang bukan seekor dan aku nak cuba tangkap kumbang sado kat stadium hahahahahahaha bergurau


itu sahaja assalaumualaikum , muah ciked :*



No comments:

Post a Comment